Zaman pemerintahan kemudian Enver_Hoxha

Penindasan politik

Sesiapa sahaja yang disyaki bertindak mencabar atau mengkhianati kediktatoran akan disoal siasat polis rasmi Sigurimi mahupun ditahan dalam ribuan kem buruh paksa. Perjalanan ke luar negara dilarang selepas tahun 1968 untuk semua rakyat kecuali mereka yang berada dalam urusan rasmi.

Sistem keadilan yang diadakan cenderung merosot menjadi pembicaraan tunjukan untuk menghukum pihak tertuduh. Saudara-mara dan keluarga pihak tertuduh turut ditangkap dan dipulau sebagai "musuh-musuh rakyat" bagi mengurangkan ancaman tentangan politik.[4] Hukuman mati bermotifkan politik turut menjadi kebiasaan; sekurang-kurangnya 5,000 orang—mungkin juga seberapa banyak 25,000—dihukum bunuh oleh rejim Hoxha.[5][6][7]

Penyingkiran agama

Parti Buruh pimpinannya mula giat menghapuskan anutan agama dalam kalangan rakyat Albania. Hal ini kerana Hoxha percaya bahawa kewujudan agama-agama bisa memecahbelahkan rakyat melalui perkaitannya kepada bangsa-bangsa tertentu seperti sewaktu zaman Uthmaniyah - umat Islam dikaitkan dengan bangsa Turki manakala umat-umat Kristian mazhab Orotdoks dan Katolik masing-masing dikaitkan kepada bangsa-bangsa Yunani dan Latin; perkara tersebut dikhuatiri akan dipergunakan puak pemisah Yunani di selatan Albania. Para penganut Katolik merupakan sasaran terdahulu Hoxha kerana Takhta Suci yang merupakan kuasa utama dalam Gereja Katolik dianggapnya sebagai ejen fasisme dan anti-komunisme.[8]

Pendidikan ateisme diajar di sekolah-sekolah. Pengagihan makanan yang diharamkan juga digalakkan di sekolah dan kilang terutamanya pada "tempoh-tempoh suci" seperti Lent dan Ramadan, di mana mereka yang menolak pemberian sedemikian akan dimalukan atau dikecam.

Penolakan budaya Barat

Pemerintahan Hoxha sangat memusuhi budaya popular Barat (yakni daripada Amerika Syarikat dan Britain) yang ditunjukkan di media massa kerana dianggap sebagai cerminan kepada nilai-nilai konsumerisme dan liberalisme sosial yang berkaitan dengan itu. Hoxha sendiri mendesak agar rakyat Albania dibendung daripada media sebegitu yang dianggap sebagai "keborjuisan" dan "mundur",[9] serta "bertentangan dengan etika sosialis dan tradisi positif tradisi rakyat".[9]